Tuesday, March 24, 2015

SYW501 PENGURUSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN ISLAM
Semester II, 2014-2015

DR. FADZILA AZNI AHMAD
Bangunan C05, Bilik 119; Tel: 04-653 4603
E-mel: suekainah@yahoo.com; sukainah@usm.my

PUAN AZRIN IBRAHIM
Annex C13; Tel: 04-653 2910
E-mel: azrinibrahim.usm@gmail.com

Kuliah: Selasa, 9.30am – 12.30pm

PENGENALAN

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar konsep-konsep asas bagi pengurusan institusi pembangunan Islam kerangka Islam dan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu kritikal yang berkaitan dengan kepengurusan institusi pembangunan Islam.

Secara lebih khusus, kursus ini menyorot dan meneliti secara kritis tiga perkara utama pengurusan institusi pembangunan Islam. Pertama, pengenalan kepada apa itu pengurusan berteraskan Islam dan institusi pembangunan Islam dan falsafah asas yang menunjangi pengurusan sesebuah institusi pembangunan Islam; Kedua akan dibincangkan evolusi teori dan pemikiran pengurusan institusi masa kini serta perbezaan analitis antara pengurusan institusi secara Barat dan Jepun dengan pengurusan berteraskan Islam untuk institusi pembangunan Islam; Ketiga, alat-alat yang diperlukan dalam mengurus sesebuah institusi pembangunan Islam yang antara lainnya merangkumi perancangan strategik, pengurusan pembangunan insan dalam institusi, kepimpinan, seni komunikasi dan pengurusan konflik, pengurusan kualiti, persekitaran dalaman dan luaran institusi serta pengawasan dalam institusi.

Di akhir kursus ini, pelajar diharap dapat memahami erti sebenar asas falsafah institusi pembangunan Islam, prinsip pengurusan berteraskan Islam, asas-asas mengurus yang merangkumi setiap aspek pembangunan dalam sesebuah institusi. Pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan kunci utama pengurusan berteraskan Islam dalam menganalisis aktiviti kepengurusan institusi dan merancang strategi dalam menyelesaikan masalah kepengurusan institusi.

No comments:

Post a Comment